Tuesday, August 4, 2009

::Kolej di mana PANDA2 ini di temui::


wahai kwn2 ku sekalian....

adakah anda taw akan sejarah penubuhan kolej kesygn kite ni....?

klo kowg x taw meh aku nk gtaw...KPMB mule2 di kenali sbg Institut Kemahiran MARA, Perdangan(IKM Perdagangan) yg di tbhkan pd MEI 1977*sure kite sume x lahir ag time ni*. Pd awl penubuhan kolej kite ni hingga july 1982, kolej kite ni terletak kat Tingkat 2, Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur dgn student seramai 100 owg & lect 4 owg....

pas 2 kolej kite ni di pindahkan ke bangunan baru di Bandar Tun Razak Cheras dan dikenali sebagai Institusi Perdagangan MARA (IPM) pd Ogos 1982. Mase 2 student da ramai la gak lam 400 0wg...kowg nk taw....kolej kite ni berpindah-randah....

::ni kolej kite dlu2::
IPM Kuala Lumpur berpindah ke bangunan lama MARA di Jalan Tuanku Abdul Rahman setelah pusat pentadbiran MARA berpindah ke Bangunan MARA baru. Pada Februari 1993, IPM Kuala Lumpur sekali lagi berpindah ke Wisma Sachdev (Akademik) dan Wisma Tharkudas (Pentadbiran) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Setelah beberapa kali berpindah akhirnya pada jun 1998, IKM Kuala Lumpur mula beroperasi di kampus tetapnya di Lot 2333 Mukim Beranang, Jalan Kajang/Seremban, 43700 beranang Selangor dan dikenali sebagai Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB). Kursus -kursus yang pernah dikendalikan oleh Kolej Profesional MARA adalah London Chamber of Commerce and Industry (LCCI), General National Vocational Qualification (GNVQ), Matriculation Institute of Chartered Secretarialship (MISCA), Institute of Corporative Auditors (ICA), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Certificate in Ticketing & Reservation dan Sijil Pembantu Pelancong.

Mase ni course kite ni x wujud ag....huhuhu

0 comments: